survival
Ermmm awal plak ak bangun arinie…. Lpas mandi dan srapan td ak bukak la tv n then tgk lak discovery chanel yg menariknya citer yang ditayangkan waktu tu ialah survival… citernya menceritakan seorang yang sesat semasa main paying terjun… mamat 2 salah arah sehingga ke kawasan glseier tp nasib baik dia x tersasar jauh ke tengah tasik…kiranya tempat yang dia jatuh 2 ada lg la kawasan hijau kalau x dah mati sejuk la dia…lepas abes citer 2 ak bukak la nota2 mgenai survival yg ak ada mana tau kot2 maklumat nie berguna untuk kita kongsi kerana asas dalam survival nie merupakan pekara yg paling penting dalam kita melakukan aktivi outdoor nie, sebab kita x tau apa akan berlaku semasa kita melakukan aktiviti jd kata orang baik sediakan payung sebelum hujan….dlam tulisan nie aku akan cuba terangkan mengenai survival berdasarkan nota dan pengalaman yang cetek ini.. Dalam nota yg ak salin masa dengar ceramah survival penceramah 2 mendifinasikan survival sebagai keupayaan atau keadaan sesuatu untuk terus hidupyg mana situasinya boleh terjadi apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang buas, masalah perlindungan yg boleh mengancam keselamatan yang berpunca dr situasi seperti sesat,kelalaian diri sendiri,kurang kemahiran dan pengetahuan. Jd sebab 2 lah aku kata ilmu nie adalah penting….
Apa Nk buat Ya….. ermm langkah pertama yg perlu kita lakukan jika berhadapan situasi ini ialah jangan panik dan kawalan diri amat penting untuk memastikan kita dapat ingat balik jalan atau keadaan(jika tersesat).. seterusnya ialah berusaha untuk terus hidup jangan terlalu berharap pada nasib je..jika berada dalam kumpulan pastikan kerjasama antara ahli ia amat penting jgan berpecah2 dan nk ikot kepal sendiri je… dan yang paling penting ialah dalam apa keadaan sekali pun keselamatan haruslah diutamakan.
Peraturan2 asasnya lak.. jimatkan tenaga kerana kita tak tau lama mana kita nk sesat jd buat kerja yg berfaedah je kalau boleh kalau berjalan rehat 10 minit stiap sejam..elakan keletihan seperti berjalan malam atau membawa brg yg berlebihan masa survive 2..tidur yg cukup tetapi jika x dapat tidur rehatkan badan dengan cara berbaring ini dapat meregangkan otot2..elakan perasaan risau dan dapat kan rehat yg awal contohnya pilih kawasan untuk berkhemah 2 ketika hari masih cerah lg kena kita x dapat pastikan keselamatan kawasan 2 jika kita pilih tapak pada waktu malam..
Alatan2 yg wajib ada bg penggemar rekreasi tahap tinggi seperti trekking hutan dan mendaki gunung(budak club wajib ada)… benda2 nie terbahagi 3 iaitu Perubatan,Makanan,dan Alatan:
PERUBATAN
1. Pil cirit birit
2. 1 bj pil anti malaria
3. Tablet pelali air
4. Pil penahan kesakitan/penadol
5. Tablet antibiotic
6. Ubat sapu antibiotic
7. 1 set khusus rawatan patukan ular
MAKANAN
1. 2 keping coklat
2. 1 kampit sup masak segera
3. 4 sudu quaker oat
4. Garam
PERALATAN
1. 1 Pisau
2. 3 pemetik api
3. 2 utas tali pancing (3 meter)
4. 3 Mata pancing
5. Tali lembu (3 meter) untuk buat jerat
6. Getah lastik
7. Plastic hitam
AIR DAN MAKANAN DI HUTAN
Biasanya makanan yg kita ada 2 tidak dapat menampung untuk jangkamasa yg lama mesti abes punya so kita perlu ada altenati lain… manusia dapat hidup tanpa makan tp x dapat hidup jika x minum…biasanya anak sungai atau sungai terdapat di kawasan lurah atau lembah tanda2nya seperti bunyi,penglihatan,binatang dan serangga, cara nk tinjau ialah mengikut denai binatang atau menggunakan kompas…cara lain nk dapatkan air ialah melalui :
1. Akar (airnya jernih dan tiada getah)
2. Rotan
3. Buluh
4. Periuk kera
5. Lumut
6. Daun dan rumput
7. Hujan
Kita juga boleh buat:
1. Perigi
2. Perangkap wap
3. Tadahan embun
Untuk bab makanan lak ya kawan2, kalau boleh seelok2nya jgn tunggu sampai makan kita habis berusahalah mencari makana kerana hampir semua jenis binatang boleh dimakan(darurat). Semua jenis boleh kita makan kecuali ada sesetengahnya perlu dibuang racun seperti katak,ular, biawak,labi2 dan kura2 binatang nie kena buang kulitnya 5cm dan ular kat kepala.. Lokasi nk tangkap binatang nie biasanya kat kawasan punca air dan punca makanan…Cara nk tangkapnya lak dengan membuat jerat seperti :
1. Jerat simbat
2. Jerat gantung
3. Jerat lubang
4. Jerat burung
5. Jerat landak
6. Jerat ular
7. Jerat hempap
8. Perangkap serkup
9. Memancing
10. Bubu
11. Melembing
12. Sauk
13. Mengepung
Paling mudah ialah ikan daratlah kerana senang kita nk dapat… Makanan dari tumbuhan lak ialah antara yg paling banyak Cuma perlu berhati2 dengan beberapa tumbuhan kalau boleh elakan dr memakan kulat dan cendawan walaupun pasti boleh dimakan ia tetap mengandungi asid, umbuk dr pokok jenis palma(seperti anak kelapa) yg banyak terdapat adalah paling selamat dimakan, selain itu ujian terhadap tumbuhan2 ini juga boleh dilakukan 1)uji pada kulit 2)uji pada bibir 3) uji pd lidah 4)makan ckit kalau xda apa2 pada ujian selamat lah 2..jgn menilai tumbuhan dengan melihat binatang makan atau x..contoh makan makanan yg dimakan oleh burung..ada sesetengah boleh dan ada sesetengahnya x..kerana abdomen perut burung(binatang) berlainan dengan perut kita..tetapi abdomen beruk atau kera adalah sama..
Tempat berlindung
Nie pun penting gak… kalau nk tidur pastikan tempat yg kita pilih 2 adalah selamat kalau boleh 30meter dr kawasan air…gua juga boleh di jadikan tempat unyuk berlindung tp kurang praktikal kerana mungkin tempat tinggal binatang…atas pokok adalah paling selamat kerana bau 10kaki kat atas x dapat dihidu…kita boleh membuat binaan atau menggunakan hammock..selain 2 binaan kat tanah menggunakan daun pokok juga boleh dibuat…
Sekian sahaja untuk kali ini harap maklumat diatas dapat member infomasi dan menambah maklumat kawan2 jika ada sesapa nk tambah dipersilakan moga ilmu yg ada dapat kita sama2 kongsi…walaupun benda nie kita mintak dijauhkan tetapi pengetahuan mengenainya adalah perlu..