Keperitan Itu Harus ditelan

Bukak je fb pagi nie ak dapat apa yg sepatutnya ak tulis...thanks to muaz sbb menjana idea itu...kehilangan org yg menyayangi kita lebih perit daripada kehilangan org yang kita sayang...tetapi hakikat dan kesedihan itu haruslah kita telan sebagai pengorbananan dalam kehidupan kerana apabila ia hilang baru kita sedar bahawa ia adalah benda yang paling kita sayang di dunia ini, tetapi jika ia masih ada kita sering kali lupa akan kewujdannya. Bak kata org bila ada x dihargai bila tiada br kita tercari-cari. Kerana itulah apabila ia hilang kita akan merasa bersalah kerana tidak sempat menyayanginya seperti mana ia menyayangi kita.  Oleh itu hargailah mereka yang menyayangi kita selagi mereka ada, sama ada kwn atau lawan, sahabat atau kekasih...kerana setiap pertemuan yang ada dimuka bumi ini telah ditakdirkan dan ada hikmah disebalik semua kejadian itu...Allah menemukan manusia dengan manusia yang lain agar kita dapat saling bantu membantu dan mengenal antara satu sama lain dan bukannya membezakan antara kita.
 

pencarian

Sepantas kilat ia berlalu...sedar atau tidak sudah 3 musim ak disini....tetapi pencarian itu belum berakhir..dengan harapan setinggi gunung ak berdoa agar pencarian itu akan terus diredhainya...disepanjang pencarian ini sudah banyak  mengajar aku apa itu manis..apa itu pahit..namun akan ak gagahkan jua diri ini untuk menelan seribu rasa yang mendatang agar diakhir pencarian ini mereka akan terseyum padaku....sekilas pencarian

aku dia dan uum

Tergelak ak bila pkir balik waktu tu, sedar x sedar dah 3thn lebih ak kat sini...disini lah tempat yang mematangkan dan menyedarkan aku apa itu kehidupan...nie ak nk kongsi  kejadian2 yg belaku kepada ak, bilik itu dan uum....

1 julai 2007.
ak daftar kat uum walaupun pada masa tu ada gak suara2 sumbang suh ak jd M.A, kata diorang "knapa xnk..dah dapatkan"...ak dengan selamba cakap "sorry ak takut darah" padahal dlm hati cakap buat ape ak study ambik stpm....M.A tu pakai spm je.

                                                                            minggu orentasi
Tanggal berapa ak x ingat tp dalam bulan julai 2007 gak.
Mula dah aku buat benda yang mak ak larang iaitu bercinta...dengan budak kos ak lak tu, tp ok la baik orgnya dah la lawa..tp sayang xlama 2 bulan lebih je mcm tu...xda jodohkan...sampai arinie ak gelak bila pikir balik time tu...nampak sangat ak bodoh tolak benda baik kan tp xpa..aku pecaya mungkin dia xsesuai dengan ak sbb munkin ak nie jahat or what ever..

21 julai 2007
Entah mcm mana ak diracun masuk kelab kembara.
"cantik beg..biasa naik gunung ke...eh mana ada bang tp sy minat gak r aktiviti2 xtream nie...jom la join klub kitaorang...ada yg men beskal, naik gunung dan banyak ag aktiviti yg mencabar kata az pada ak...ok tengok r nanti...eh mggu nie ada wat pendaftaran kat library pg la daftar...ok2 nanti sy pg bang...perh mcm tu je ak kena racun untuk join kelab..pastu terus pg kic.

18 Dis 2007
projek pertama ak dengan kelab kembara, waktu tu pg transtiti (nanti la ak sambung dah ngantuk la plak)

transformasi blog


Setelah berfikir dan diracun oleh kawan2 yg dah kembali aktif menulis kat blog nie aku telah membuat 1 transformasi untuk menulis kembali blog yang dah hampir lenyap nie...tetapi dengan transformasi baru iaitu menulis apa saja yang berkaitan dengan diri aku tidak kira ekonomi,politik,sosial dan rekreasi kerana agak sukar untuk menulis jika berpaksikan satu skop shj. Dengan harapan yang setinggi gunung ak mulakan kembali.

Transtitiwangsa

Transtitiwangsa merupakan projek pertama aku bersama Kelab Kembara Uniutama, masa ni aku xtau apa-apa pun pasal gunung....macam mana ak boleh join pun aku xtau...projek nie sekitar bulan Nov 2007 masa tu aku sem 1...tp disebabkan kena racun ngan senior2 ak pun x balik Kg ikot pg projek nie..ditambah lagi trening 2 minggu sebelum projek yang kebetulan plak dengan raya haji...jadi nak xnk pun kena la jgak pg trening kalau nk ikot..setelah sumer selesai pada 23 nov 2007 kami bertolak ke Hulu Kinta Perak dengan bus Universiti. Amin adalah pengarah untuk projek nie..dan senior2 yang ada masa tu pun masih ramai lg termasuklah Pak Mat,Paan,Botak,Tod,Yanie,Lin,geng2 cikgu teyl, dan ramai lg lah...masa nie nk pecking brg pun x tau lg...tp pian ngamput bacth ak dah otai sebab 2nd projek jd dia la ajar ak mcm mana nk pecking dan lain2 ag...dan peristiwa xdapat dilupakan ialah xtau apa tu "ration" so ak dapat la satu list apa itu ration yg kena beli...Mmg banyak la gua beli termasuklah popia goreng.
ok ak terus ke firts day, 24hb nov 2007
Kami sampai di Hulu Kinta Perak lebih kurang jam 5 pagi, dan terus masuk melalui kem PGA Hulu Kinta dan lebih kurang jam 6.00 pagi, Sahlan dari S.O.S yg merupakan guide kami bersama teamnya pun sampai..setelah report kepada Balai Polis Tanjung Rambutan dan sedikit taklimat kami pun memulakan perjalanan dalam kawasan Empangan Sultan Zainal Abidin ataupun empangan Hulu Kinta yg masih dalam pembinaan, kami bernasib baik kerana dapat tumpang lori hantu dan menjimatkan perjalanan selama 2jam. perjalanan hari pertama adalah melalui trek2 hutan yang 20 ke 30 darjah sebelum tiba di Kem Bus stop kami berhenti untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan. Di Kem Bus Stop kami hanya berhenti untuk melepaskan penat. Setelah itu Kedengaran suara2 sumbang yg biasa didengari semasa treking iaitu "on pack2" maka secara semulajadinya kami semua akan kembali berjalan dan tiba di Kem Kijang lebih kurang jam 6 ptg..masa ni la br ak tau ape kerja budak laki iaitu pasang khemah dan basuh mestin..
2nd day, 25 Nov 2007
Jam 10 pagi kami memulakan perjalanan ke Puncak Korbu, pagi2 lg dah mengadap bukit good moning ataupun bukit penat, tp kata sahlan nie br bukit penat kat depan bukit lg penat...jd ak pun memasang impian untuk tarik fly kat bukit lg penat tu.....pendakian agak curam pada hari ini sebelum tiba di last water point untuk makan tengahari pada jam 3ptg...disini talian telefon blh digunakan kerana pada ingatan ak ada peserta yg menghubungi family untuk menyatakan kegembiraan..Setelah mengisi air yang secukupnya kami bergerak pula ke Bukit Botak. Pemandangan di Bukit Botak sungguh mengkagumkan. Walaubagaimanapun kami difahamkan terdapat panorama yang lebih menakjubkan menanti kami sebelum sampai ke puncak Korbu. Dari Bukit Botak juga kelihatan Puncak Chuban, Korbu Raya atau Anak Korbu dan Puncak Gunung Korbu. Maknanya di sini untuk sampai ke Puncak Gunung Korbu pendaki perlu mendaki dan menuruni beberapa puncak bukit tadi yang bersudut 70-90 darjah. kami tiba di Puncak Korbu (7,162 kaki) pada jam 6.30 ptg dan ketika ingin melabuhkan badan untuk tidur terasalah kesejukan seperti berada di dalam ais menyebabkan aku paw hamock botak untuk dijadikan sleeping bag kedua.
3th day, 26 nov 2007
Perjalan dari puncak Korbu ke puncak Gayong tidak memakan masa yg lama lebih kurang 1 jam kami tiba dipuncak Gayong (7,129 kaki) puncak keempat tertinggi dalam kalangan G7 dan ketiga tertinggi dalam trek transtitiwangsa. setelah mengambil gambar dan makan tengahari kami terus bersiap untuk ke kem seterusnya iaitu Kem Cerek, ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari menyebabkan kami berjalan dalam kesejukan tetapi ia sedikit sebanyak membantu mempercepatkan perjalanan kami..kerana tidak ada peserta yg ingin berhenti dr menghasilkan peluh bg memanaskan badan..benar seperti namanya terdapat sebuah cerek di Kem tersebut dan ini menandakan kami semua sudah tiba di Kem Cerek...bg mengambil air di Kem ini amat meyiksakan kerana peserta perlu turun jauh kebawah gaung dan airnya susah untuk digambarkan, keadaan di Kem Cerek agak susah untu digambarkan kerana khemah didirikan di lereng bukit yg sempit dilimpahi dengan akar2 pokok, sudah pasti menyakitkan badan apabila tidur.
4th day, 27 Nov 2007
Perjalanan hari ini diteruskan ke h2o dengan perjalanan pada sebelah paginya adalah mendaki antara 30 ke 65 darjah sehinggalah berhenti di puncak junction (6852 f) untuk makan tengahari...kalau x silap ak puncak junction adalah persimpangan bagi v2...kebanyakan beg peserta mulai ringan pada hari ini, tetapi ak hairan kenapa beg ak semakin berat...huhuhu ak buat2 lupa bahawa ak adalah sampah boy..iaitu tukang bawak sampah yg merupakan tradisi bagi peserta first projek...setelah makan tengahari kami meneruskan perjalanan menuruni junction ke h2o yg berada jauh ke bawah yg mana ketinggian adalah sama dengan kem kijang. kami tiba di h2o lebih kurang jam 6 ptg di sini air mmg syok kerana sungai adalah besar berbanding hari sebelumnya..tetapi 1 minit sudah memadai untuk merasakan tubuh mengeletar kesejukan.
5thday, 28 Nov 2007
Setelah mendapat rehat yg cukup dan selesa di H2o perjalanan ke puncak terakhir dan merupakan debaran kepada peserta yg akan melengkapkan G7..perjalanan pada hari ini keseluruhannya adalah mendaki dan sekali sekala menurun, melalui puncak H2o dimana anak Yong Belar sudah kelihatan di puncak ini..setelah melalui anak yong belar kami berhenti di Kem Kuali bg mengambil air dan solat..seperti biasa kami memilih untuk melakukan jamak..lebih kurang jam 5.45ptg kami meneruskan perjalanan kepuncak dan tiba lebih kurang jam 7.15 ptg..keadaan di puncak Yong Belar(7153f) adalah berbeza berbanding 2 puncak sebelum ini kerana puncak ini sedikit berselut dan menyukarkan pergerakan serta port untuk medirikan khemah adalah terhad...setelah semua selesai kami menamatkan malam tersebut ditemani bintang yg bersinar kerana berjaya menawan ketiga2 puncak..tetapi perjalan masih lg panjang jd kami merehatkan badan bg mengharungi hari yg seterusnya,
6th day, 29 Nov 2007
Kejayaan menawan Transtiti dirai dengan pemandangan Sun Rise yg indah dr puncak Yong Belar begiti juga dengan mereka yg melengkapkan G7 tetap dirumbel, peserta yg melengkapkan G7 kali ini merupakan  seorang senior perempuan dan peserta tunggal yg melengkapkan G7, tahniah Lin..sedang kami on pack untuk turun satu grup singapore tiba di puncak Yong Belar. Perjalanan pada hari ini adalah dengan harapan kami tiba awal di Pondok Charlie kerana kami bergerak agak lambat dari puncak YB pada pg td. Perjalanan pada hari ini adalah melalui Camp Kasut, Camp Tudung Periuk, Puncak Batu dan berhenti mengambil air di Kem Gurkha..Kem Gurkha merupakan kawasan air yg paling menarik dalam Banjaran Titiwangsa dan air yg diambil di kem ini kekal sejuk walaupun disimpan dalam tempoh berbulan yg lama...pasti bunyinya agak mengarut..tetapi itulah realiti dan pengalaman ini hanya diperoleh oleh mereka yg pernah menawannya...kami agak terlewat pada hari ini dan terpaksa overtime sehingga jam 8 malam..setelah kata sepakat diperoleh dan untuk mengelakan sebarang risiko kami memilih untuk tidur di satu kawasan lapang yg bukannya Camp Side..walaupun bukannya camp side tetapi kawasannya cukup untuk mendirikan khemah..tetapi seluas2 kawasan itu ak masih boleh menumpahkan 2 mestin nasi yg sedang dimasak...dengan perasaan takut dan bersalah ak mengutipnya dengan semua mata kearahku...
7th day, 30 Nov 2007
Hari terakhir berada di banjaran Titiwangsa kami bagun seawal jam 6 pagi kerana perlu meneruskan lagi perjalan untuk sampai ke kemuncaknya di Blue Velly Dam..perjalanan agak menarik kerana tiada lagi pendakian yg curam cuma sekali sekala menghadap bukit penat. kawasan yg dilalui juga amat menarik sehinggalah sampai Ke kawasan 3 boundries iaitu batu sempadan antara Perak,Pahang,dan Kelantan.. merasakan berada di awangan kerana dalam sekelip mata boleh berada di mana2 negeri..setelah itu perjalanan diteruskan di temani batu2 sempadan yg memanjang..puas ak mengira dan berkali2 ditipu dengan jumlahnya oleh senior2 yg pernah menawan Transtitiwangsa...setelah itu kami berhenti makan tengahari di satu lembah..semua ration dikeluarkan termasuklah popia goreng..muka2 ceria kelihatan kerana beg sudah kosong tetapi aku tetap beduka kerana sudah pasti beg ak penuh dengan sampah..lalu ak bertanyakan sahlan soalan paling bodoh iaitu di mana tong sampah terdekat...setelah melalui tangga Dam..kami tiba di Blue Velley lebih kurang jam 4ptg...kami disambut oleh sekumpulan pendaki yg juga ingin menawan puncakYong Belar...tetapi mengapa mereka memakai baju Kelab Kembara Uniutama...hahahaha rupa2nya kami disambut oleh senior2 di Blue Valley Dam..setelah selesai di Rumbel kami keluar ke Kg Raja kerana Bas sudah sedia menanti...selamat sampai di UUM lebih kuarang jam 4 pagi. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar diwajah setiap peserta.
                                          Puncak Korbu
                                          Puncak Gayong
                                          Puncak Yong Belar

shoes for trekking

Kasut Getah
Oleh kerana ada yang bertanya jd ak nk kongsi la ckit apa yg ak tau pasal kasut yg sesuai untuk trekking nanti kalau ada yg kurang kawan2 tambah la dekat komen ya... untuk kasut yang paling sesuai dan gemar digunakan oleh kebanyakan pendaki kat malaysia adalah kasut getah, yg biasa dipakai oleh penoreh getah tu...ala kasut cap bowling...tp skang nie dah ada banyak jenama seperti bintang,jepun dan macam2 lg, colour pun dah ada banyak....ini kerana hutan kat malaysia adalah hutan hujan tropika yg beriklim lembab sepanjang tahun dah berair menyebabkan penggunaan kasut seperti ini sangat sesuai kerana apabila treking kaki x basah kasut pun x berat jd dapat melicinkan perjalanan cuma kaki akan jadi kecut kerana xda udara tp itu adalah pekara biasa bg mereka yg meminati aktiviti outdoor ni...harganya cuma Rm5.90 shj...tetapi bg mereka yg berduit dan x kisah, banyak lg kasut yg sesuai seperti brooks, adidas outdoor dan sebagainya...bergantung kepada keselesaan.
Kasut Broks

survival


Ermmm awal plak ak bangun arinie…. Lpas mandi dan srapan td ak bukak la tv n then tgk lak discovery chanel yg menariknya citer yang ditayangkan waktu tu ialah survival… citernya menceritakan seorang yang sesat semasa main paying terjun… mamat 2 salah arah sehingga ke kawasan glseier tp nasib baik dia x tersasar jauh ke tengah tasik…kiranya tempat yang dia jatuh 2 ada lg la kawasan hijau kalau x dah mati sejuk la dia…lepas abes citer 2 ak bukak la nota2 mgenai survival yg ak ada mana tau kot2 maklumat nie berguna untuk kita kongsi kerana asas dalam survival nie merupakan pekara yg paling penting dalam kita melakukan aktivi outdoor nie, sebab kita x tau apa akan berlaku semasa kita melakukan aktiviti jd kata orang baik sediakan payung sebelum hujan….dlam tulisan nie aku akan cuba terangkan mengenai survival berdasarkan nota dan pengalaman yang cetek ini.. Dalam nota yg ak salin masa dengar ceramah survival penceramah 2 mendifinasikan survival sebagai keupayaan atau keadaan sesuatu untuk terus hidupyg mana situasinya boleh terjadi apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang buas, masalah perlindungan yg boleh mengancam keselamatan yang berpunca dr situasi seperti sesat,kelalaian diri sendiri,kurang kemahiran dan pengetahuan. Jd sebab 2 lah aku kata ilmu nie adalah penting….

Apa Nk buat Ya….. ermm langkah pertama yg perlu kita lakukan jika berhadapan situasi ini ialah jangan panik dan kawalan diri amat penting untuk memastikan kita dapat ingat balik jalan atau keadaan(jika tersesat).. seterusnya ialah berusaha untuk terus hidup jangan terlalu berharap pada nasib je..jika berada dalam kumpulan pastikan kerjasama antara ahli ia amat penting jgan berpecah2 dan nk ikot kepal sendiri je… dan yang paling penting ialah dalam apa keadaan sekali pun keselamatan haruslah diutamakan.

Peraturan2 asasnya lak.. jimatkan tenaga kerana kita tak tau lama mana kita nk sesat jd buat kerja yg berfaedah je kalau boleh kalau berjalan rehat 10 minit stiap sejam..elakan keletihan seperti berjalan malam atau membawa brg yg berlebihan masa survive 2..tidur yg cukup tetapi jika x dapat tidur rehatkan badan dengan cara berbaring ini dapat meregangkan otot2..elakan perasaan risau dan dapat kan rehat yg awal contohnya pilih kawasan untuk berkhemah 2 ketika hari masih cerah lg kena kita x dapat pastikan keselamatan kawasan 2 jika kita pilih tapak pada waktu malam..

Alatan2 yg wajib ada bg penggemar rekreasi tahap tinggi seperti trekking hutan dan mendaki gunung(budak club wajib ada)… benda2 nie terbahagi 3 iaitu Perubatan,Makanan,dan Alatan:

PERUBATAN

1. Pil cirit birit

2. 1 bj pil anti malaria

3. Tablet pelali air

4. Pil penahan kesakitan/penadol

5. Tablet antibiotic

6. Ubat sapu antibiotic

7. 1 set khusus rawatan patukan ular

MAKANAN

1. 2 keping coklat

2. 1 kampit sup masak segera

3. 4 sudu quaker oat

4. Garam

PERALATAN

1. 1 Pisau

2. 3 pemetik api

3. 2 utas tali pancing (3 meter)

4. 3 Mata pancing

5. Tali lembu (3 meter) untuk buat jerat

6. Getah lastik

7. Plastic hitam

AIR DAN MAKANAN DI HUTAN

Biasanya makanan yg kita ada 2 tidak dapat menampung untuk jangkamasa yg lama mesti abes punya so kita perlu ada altenati lain… manusia dapat hidup tanpa makan tp x dapat hidup jika x minum…biasanya anak sungai atau sungai terdapat di kawasan lurah atau lembah tanda2nya seperti bunyi,penglihatan,binatang dan serangga, cara nk tinjau ialah mengikut denai binatang atau menggunakan kompas…cara lain nk dapatkan air ialah melalui :

1. Akar (airnya jernih dan tiada getah)

2. Rotan

3. Buluh

4. Periuk kera

5. Lumut

6. Daun dan rumput

7. Hujan

Kita juga boleh buat:

1. Perigi

2. Perangkap wap

3. Tadahan embun

Untuk bab makanan lak ya kawan2, kalau boleh seelok2nya jgn tunggu sampai makan kita habis berusahalah mencari makana kerana hampir semua jenis binatang boleh dimakan(darurat). Semua jenis boleh kita makan kecuali ada sesetengahnya perlu dibuang racun seperti katak,ular, biawak,labi2 dan kura2 binatang nie kena buang kulitnya 5cm dan ular kat kepala.. Lokasi nk tangkap binatang nie biasanya kat kawasan punca air dan punca makanan…Cara nk tangkapnya lak dengan membuat jerat seperti :

1. Jerat simbat

2. Jerat gantung

3. Jerat lubang

4. Jerat burung

5. Jerat landak

6. Jerat ular

7. Jerat hempap

8. Perangkap serkup

9. Memancing

10. Bubu

11. Melembing

12. Sauk

13. Mengepung

Paling mudah ialah ikan daratlah kerana senang kita nk dapat… Makanan dari tumbuhan lak ialah antara yg paling banyak Cuma perlu berhati2 dengan beberapa tumbuhan kalau boleh elakan dr memakan kulat dan cendawan walaupun pasti boleh dimakan ia tetap mengandungi asid, umbuk dr pokok jenis palma(seperti anak kelapa) yg banyak terdapat adalah paling selamat dimakan, selain itu ujian terhadap tumbuhan2 ini juga boleh dilakukan 1)uji pada kulit 2)uji pada bibir 3) uji pd lidah 4)makan ckit kalau xda apa2 pada ujian selamat lah 2..jgn menilai tumbuhan dengan melihat binatang makan atau x..contoh makan makanan yg dimakan oleh burung..ada sesetengah boleh dan ada sesetengahnya x..kerana abdomen perut burung(binatang) berlainan dengan perut kita..tetapi abdomen beruk atau kera adalah sama..

Tempat berlindung

Nie pun penting gak… kalau nk tidur pastikan tempat yg kita pilih 2 adalah selamat kalau boleh 30meter dr kawasan air…gua juga boleh di jadikan tempat unyuk berlindung tp kurang praktikal kerana mungkin tempat tinggal binatang…atas pokok adalah paling selamat kerana bau 10kaki kat atas x dapat dihidu…kita boleh membuat binaan atau menggunakan hammock..selain 2 binaan kat tanah menggunakan daun pokok juga boleh dibuat…

Sekian sahaja untuk kali ini harap maklumat diatas dapat member infomasi dan menambah maklumat kawan2 jika ada sesapa nk tambah dipersilakan moga ilmu yg ada dapat kita sama2 kongsi…walaupun benda nie kita mintak dijauhkan tetapi pengetahuan mengenainya adalah perlu..

mendaki permukaan batu(rock climbing)



Peminat aktiviti mendaki permukaan batu(rock climbing) pasti seronok jika dapat mendaki permukaan batu dan cenuram yang mencabar dan menguji ketahanan mereka. Di semenanjung Malaysia terdapat banyak gunung batu kapur. Ceracak batu kapur dan gunung batu pasir di serawak serta permukaan batu granit di sabah pasti menarik perhatian pendaki untuk menawannya.
Kegiatan memanjat permukaan batu merupakan salah satu sukan rekreasi yang agak baru di Malaysia, walaupun pada dulunya hanya terdapat sekumpulan kecil sahaja namun banyak lagi tapak2 baru yang masih diterokai aktiviti ini samalah dengan mendaki tembok,abseiling atau reppelling. DI KELAB KEMBARA kami tidak ketinggalan dalam melakukan aktiviti ini. Tempat yang biasanya dikunjunggi untuk melakukan aktiviti ini ialah di gua kelam 45minit perjalanan daripada uum atau lebih kurang 40 ke 50 kilometer daripada sintok. Tapak2 memanjat lain yang popular di Malaysia ialah di Batu Caves Selangor,Gunung Kerian Kedah,dan Gemas Rock N9.
Cuaca tropika yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan memanjat permukaan batu dilakukan pada bila2 masa. Walaupun hujan pada musim tengkujuh, permukaan batu kapur cepat kering walaupun selepas hujan lebat. Bersedialah menghadapi cuaca yang agak panas dan lembab,khususnya bagi pendaki yang bias dengan iklim yang serdahana.
Peralatan yang biasanya digunakan oleh pendaki di Malaysia sememangnya terdapat di Kelab Kembara uniutama. Peralatan seperti tali camental,hanest,figure of 8,karabiner dan quickdraw adalah peralatan asas yg penting dalam melakukan aktiviti memanjat permukaan batu bagi menjamin keselamatan. Kelengkapan lain yang diperlukan ialah pelindung matahari, ubat penghalau serangga dan bekalan air yang mengcukupi serta ration jika perlu. Pakai baju dan seluar yang ringan serta kasut untuk mendaki.
Pendaki haruslah mahir beberapa Ikatan asas seperti double look,follow the true, dan figure of 8 bagi memastikan aktiviti pendakian berjalan dengan lancer…sampai disini sahaja buat kali ini gua dah ngantuk beb kena pakai ayat formal2 nie….huhu
By mr.jalud


MENJEJAKI TEROWONG KOMUNIS



Febuari lalu aku dan beberapa kembara crew berkesempatan menjejak satu terowong tinggalan komunis.. plan untuk jejak terowong nie adalah idea sifu kitorang iaitu tok wan masa kat bubu ari2..dia sebenarnya dah jejak terowong nie tapi x habis so masa free ari2 dia ajak kitorang join.. kitorang mulakan operasi 2 lebih kurang pukul 8pg.. lepas mengambil masa lebih kurang 45 minit dari main campus maka sampailah ke lokasi terowong tersebut... untuk sampai ke lokasi terowong nie kena gunakan 4wd atau kapcai yg org bwak pg menoreh je...kalau kenderaan lain comfirm hancur... pemandangan nk ke lokasi nie mmg mengsyahdukankalu mengikut teori Clawson dalam ekonomi alam sekitar yg ak blaja...



Kat atas 2 ak uploadkan gambar pintu terowong tersebut dan gambar yg kat atas batu 2 tok wan tengah beri penerangan kat kitorang berkenaan batu yang dikorek dari terowong tersebut..dan yang menjadi persoalannya ialah kalau terowong tersebut benar2 digali oleh komunis mereka telah melakukan satu kerja giler dan telampau berani dengan melonggok batu tersebut dikawasn terbuka kerana batu2 tersebut pastinya dapat dilihat dari udara dan pasti akan memudahkan pihak tentera pada waktu itu untuk mengesan mereka..tetapi mengikut orang tua dan beberapa penduduk setempat yang sempat hidup dizaman tersebut, mereka mengatakan bahawa kawasan tersebut telah ditinggalkan lebih kurang 70 tahun dahuku dan jika benar kata2 tersebut maka terowong ini boleh dikatakan mencecah hampir 100 tahun... menurut mereka lg dulunya kawasan tesebut wujudnya satu kawasan penempatan...jd ak membuat kesimpulan bahawa terowong itu telah adalah digunakan komunis dan kemudiannya datang kumpulan yang menghuni di kawasan tersebut menyebabkan saki baki komunis dapat berlindung didalam kumpulan penduduk terbabit...tetapi yang membangakan ak ialah teknologi yang mereka gunakan pada waku tersebut tidak dapat aku bayangkan dengan kata2.. mereka seolah2 mempunyai plan yg terperinci dengan mewujudkan tempat takungan air,bahagian dapur, kubu diatas terowong, dan sebagainya...bahagian dlam dilengkapi dengan landasan terowong keretapi mini yg sebahagiannya telah dicuri..huhuhu nie kat bawah ak upload gambar2 2... by mr jalud

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme