Transtitiwangsa

Transtitiwangsa merupakan projek pertama aku bersama Kelab Kembara Uniutama, masa ni aku xtau apa-apa pun pasal gunung....macam mana ak boleh join pun aku xtau...projek nie sekitar bulan Nov 2007 masa tu aku sem 1...tp disebabkan kena racun ngan senior2 ak pun x balik Kg ikot pg projek nie..ditambah lagi trening 2 minggu sebelum projek yang kebetulan plak dengan raya haji...jadi nak xnk pun kena la jgak pg trening kalau nk ikot..setelah sumer selesai pada 23 nov 2007 kami bertolak ke Hulu Kinta Perak dengan bus Universiti. Amin adalah pengarah untuk projek nie..dan senior2 yang ada masa tu pun masih ramai lg termasuklah Pak Mat,Paan,Botak,Tod,Yanie,Lin,geng2 cikgu teyl, dan ramai lg lah...masa nie nk pecking brg pun x tau lg...tp pian ngamput bacth ak dah otai sebab 2nd projek jd dia la ajar ak mcm mana nk pecking dan lain2 ag...dan peristiwa xdapat dilupakan ialah xtau apa tu "ration" so ak dapat la satu list apa itu ration yg kena beli...Mmg banyak la gua beli termasuklah popia goreng.
ok ak terus ke firts day, 24hb nov 2007
Kami sampai di Hulu Kinta Perak lebih kurang jam 5 pagi, dan terus masuk melalui kem PGA Hulu Kinta dan lebih kurang jam 6.00 pagi, Sahlan dari S.O.S yg merupakan guide kami bersama teamnya pun sampai..setelah report kepada Balai Polis Tanjung Rambutan dan sedikit taklimat kami pun memulakan perjalanan dalam kawasan Empangan Sultan Zainal Abidin ataupun empangan Hulu Kinta yg masih dalam pembinaan, kami bernasib baik kerana dapat tumpang lori hantu dan menjimatkan perjalanan selama 2jam. perjalanan hari pertama adalah melalui trek2 hutan yang 20 ke 30 darjah sebelum tiba di Kem Bus stop kami berhenti untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan. Di Kem Bus Stop kami hanya berhenti untuk melepaskan penat. Setelah itu Kedengaran suara2 sumbang yg biasa didengari semasa treking iaitu "on pack2" maka secara semulajadinya kami semua akan kembali berjalan dan tiba di Kem Kijang lebih kurang jam 6 ptg..masa ni la br ak tau ape kerja budak laki iaitu pasang khemah dan basuh mestin..
2nd day, 25 Nov 2007
Jam 10 pagi kami memulakan perjalanan ke Puncak Korbu, pagi2 lg dah mengadap bukit good moning ataupun bukit penat, tp kata sahlan nie br bukit penat kat depan bukit lg penat...jd ak pun memasang impian untuk tarik fly kat bukit lg penat tu.....pendakian agak curam pada hari ini sebelum tiba di last water point untuk makan tengahari pada jam 3ptg...disini talian telefon blh digunakan kerana pada ingatan ak ada peserta yg menghubungi family untuk menyatakan kegembiraan..Setelah mengisi air yang secukupnya kami bergerak pula ke Bukit Botak. Pemandangan di Bukit Botak sungguh mengkagumkan. Walaubagaimanapun kami difahamkan terdapat panorama yang lebih menakjubkan menanti kami sebelum sampai ke puncak Korbu. Dari Bukit Botak juga kelihatan Puncak Chuban, Korbu Raya atau Anak Korbu dan Puncak Gunung Korbu. Maknanya di sini untuk sampai ke Puncak Gunung Korbu pendaki perlu mendaki dan menuruni beberapa puncak bukit tadi yang bersudut 70-90 darjah. kami tiba di Puncak Korbu (7,162 kaki) pada jam 6.30 ptg dan ketika ingin melabuhkan badan untuk tidur terasalah kesejukan seperti berada di dalam ais menyebabkan aku paw hamock botak untuk dijadikan sleeping bag kedua.
3th day, 26 nov 2007
Perjalan dari puncak Korbu ke puncak Gayong tidak memakan masa yg lama lebih kurang 1 jam kami tiba dipuncak Gayong (7,129 kaki) puncak keempat tertinggi dalam kalangan G7 dan ketiga tertinggi dalam trek transtitiwangsa. setelah mengambil gambar dan makan tengahari kami terus bersiap untuk ke kem seterusnya iaitu Kem Cerek, ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari menyebabkan kami berjalan dalam kesejukan tetapi ia sedikit sebanyak membantu mempercepatkan perjalanan kami..kerana tidak ada peserta yg ingin berhenti dr menghasilkan peluh bg memanaskan badan..benar seperti namanya terdapat sebuah cerek di Kem tersebut dan ini menandakan kami semua sudah tiba di Kem Cerek...bg mengambil air di Kem ini amat meyiksakan kerana peserta perlu turun jauh kebawah gaung dan airnya susah untuk digambarkan, keadaan di Kem Cerek agak susah untu digambarkan kerana khemah didirikan di lereng bukit yg sempit dilimpahi dengan akar2 pokok, sudah pasti menyakitkan badan apabila tidur.
4th day, 27 Nov 2007
Perjalanan hari ini diteruskan ke h2o dengan perjalanan pada sebelah paginya adalah mendaki antara 30 ke 65 darjah sehinggalah berhenti di puncak junction (6852 f) untuk makan tengahari...kalau x silap ak puncak junction adalah persimpangan bagi v2...kebanyakan beg peserta mulai ringan pada hari ini, tetapi ak hairan kenapa beg ak semakin berat...huhuhu ak buat2 lupa bahawa ak adalah sampah boy..iaitu tukang bawak sampah yg merupakan tradisi bagi peserta first projek...setelah makan tengahari kami meneruskan perjalanan menuruni junction ke h2o yg berada jauh ke bawah yg mana ketinggian adalah sama dengan kem kijang. kami tiba di h2o lebih kurang jam 6 ptg di sini air mmg syok kerana sungai adalah besar berbanding hari sebelumnya..tetapi 1 minit sudah memadai untuk merasakan tubuh mengeletar kesejukan.
5thday, 28 Nov 2007
Setelah mendapat rehat yg cukup dan selesa di H2o perjalanan ke puncak terakhir dan merupakan debaran kepada peserta yg akan melengkapkan G7..perjalanan pada hari ini keseluruhannya adalah mendaki dan sekali sekala menurun, melalui puncak H2o dimana anak Yong Belar sudah kelihatan di puncak ini..setelah melalui anak yong belar kami berhenti di Kem Kuali bg mengambil air dan solat..seperti biasa kami memilih untuk melakukan jamak..lebih kurang jam 5.45ptg kami meneruskan perjalanan kepuncak dan tiba lebih kurang jam 7.15 ptg..keadaan di puncak Yong Belar(7153f) adalah berbeza berbanding 2 puncak sebelum ini kerana puncak ini sedikit berselut dan menyukarkan pergerakan serta port untuk medirikan khemah adalah terhad...setelah semua selesai kami menamatkan malam tersebut ditemani bintang yg bersinar kerana berjaya menawan ketiga2 puncak..tetapi perjalan masih lg panjang jd kami merehatkan badan bg mengharungi hari yg seterusnya,
6th day, 29 Nov 2007
Kejayaan menawan Transtiti dirai dengan pemandangan Sun Rise yg indah dr puncak Yong Belar begiti juga dengan mereka yg melengkapkan G7 tetap dirumbel, peserta yg melengkapkan G7 kali ini merupakan  seorang senior perempuan dan peserta tunggal yg melengkapkan G7, tahniah Lin..sedang kami on pack untuk turun satu grup singapore tiba di puncak Yong Belar. Perjalanan pada hari ini adalah dengan harapan kami tiba awal di Pondok Charlie kerana kami bergerak agak lambat dari puncak YB pada pg td. Perjalanan pada hari ini adalah melalui Camp Kasut, Camp Tudung Periuk, Puncak Batu dan berhenti mengambil air di Kem Gurkha..Kem Gurkha merupakan kawasan air yg paling menarik dalam Banjaran Titiwangsa dan air yg diambil di kem ini kekal sejuk walaupun disimpan dalam tempoh berbulan yg lama...pasti bunyinya agak mengarut..tetapi itulah realiti dan pengalaman ini hanya diperoleh oleh mereka yg pernah menawannya...kami agak terlewat pada hari ini dan terpaksa overtime sehingga jam 8 malam..setelah kata sepakat diperoleh dan untuk mengelakan sebarang risiko kami memilih untuk tidur di satu kawasan lapang yg bukannya Camp Side..walaupun bukannya camp side tetapi kawasannya cukup untuk mendirikan khemah..tetapi seluas2 kawasan itu ak masih boleh menumpahkan 2 mestin nasi yg sedang dimasak...dengan perasaan takut dan bersalah ak mengutipnya dengan semua mata kearahku...
7th day, 30 Nov 2007
Hari terakhir berada di banjaran Titiwangsa kami bagun seawal jam 6 pagi kerana perlu meneruskan lagi perjalan untuk sampai ke kemuncaknya di Blue Velly Dam..perjalanan agak menarik kerana tiada lagi pendakian yg curam cuma sekali sekala menghadap bukit penat. kawasan yg dilalui juga amat menarik sehinggalah sampai Ke kawasan 3 boundries iaitu batu sempadan antara Perak,Pahang,dan Kelantan.. merasakan berada di awangan kerana dalam sekelip mata boleh berada di mana2 negeri..setelah itu perjalanan diteruskan di temani batu2 sempadan yg memanjang..puas ak mengira dan berkali2 ditipu dengan jumlahnya oleh senior2 yg pernah menawan Transtitiwangsa...setelah itu kami berhenti makan tengahari di satu lembah..semua ration dikeluarkan termasuklah popia goreng..muka2 ceria kelihatan kerana beg sudah kosong tetapi aku tetap beduka kerana sudah pasti beg ak penuh dengan sampah..lalu ak bertanyakan sahlan soalan paling bodoh iaitu di mana tong sampah terdekat...setelah melalui tangga Dam..kami tiba di Blue Velley lebih kurang jam 4ptg...kami disambut oleh sekumpulan pendaki yg juga ingin menawan puncakYong Belar...tetapi mengapa mereka memakai baju Kelab Kembara Uniutama...hahahaha rupa2nya kami disambut oleh senior2 di Blue Valley Dam..setelah selesai di Rumbel kami keluar ke Kg Raja kerana Bas sudah sedia menanti...selamat sampai di UUM lebih kuarang jam 4 pagi. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar diwajah setiap peserta.
                                          Puncak Korbu
                                          Puncak Gayong
                                          Puncak Yong Belar

5 Response to "Transtitiwangsa"

  1. Anonymous says:

    adohai cm best je kan..ati da tergerak nk pegi...tp boleh ker???bnyk hal la...

    trekkers says:

    jom r...tanya panjang ada kosong ag x

    Blockchain account has its issues and to deal with issues such as login error, sign up error, password error, is difficult to deal with, when you have no knowledge about the Blockchain domain. If you are looking for remedies to deal with such issues, you can always ask for Blockchain Support NUmber help from the team of elite professionals who are there to assist you. You can call on Blockchain support number which is functional all the time and users can have conversation with the team anytime for assistance.

    Are you looking for remedies to deal with depositing and withdrawing the funds? The trading process is easy in Binance account but sometimes due to technical issues, users get in such issues. To deal with them is the main task and users can take help from the team who is ready to assist you. You can call on Binance support phone number which is Binance Support Number functional and users can have conversation with the team anytime for quality results. Talking with them is the right step, therefore, reach them and experience the better solutions.

    Anonymous says:

    video nes - YouTube
    youtube free youtube to mp3

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme